Saturday, 14 October 2017

Pekanbaru, Indonesia (Part 1)



Related image


Macam mana boleh terlepas ke Pekanbaru ? 
Cerita dye bermula bila Mimi bgtau Air asia ade offer tiket flight murah ke Pekanbaru.

Mula-mula dalam 12 orang yang In shaa Allah memang kmfm nak pegi. Alhamdulillah mcm seronok je bunyi nak pegi ramai2. Girangnya rasa hati.

Dan waktu berlalu, ayam berkokok setiap pagi setiap hari tanpa jemu pada waktu yang sama. Bagus la ayam ni. sangat berdisplin. Kita patut contohi ayam tau. Walaupun kite dengan bahagia makan ayam goreng bahagian peha, bahagian kepak, bahagian dada tapi ayam ni dye chill je tetap buat kerja yang sama. Berkokok setiap hari. Ayam jantan la kan. Ayam betina duk sibuk jaga anak.

(Masa typing ayam tengah berkokok kat luar, mungkin nak bgtau manusia sekalian alam ni yang waktu asar nak masuk dah. Dye suruh pergi solat la tu. 

Ok sambung. Tak tahu la hari keberapa puluh dah berlalu. Muncul la kat group whatsapp insan2 tertentu yang tetiba menyatakan halangan2 yang bakal menimpa dan bakal mengurangkan jumlah ahli trip ke Pekanbaru nanti. 
Semuanya sudah ku duga. hew hew

Sebab selalunya bila rancang sesuatu kebarangkalian untuk berlaku adalah sangat rendah ye kawan2. 
Bila tak rancang itulah yang akan selalunya jadi.
Dan nanti muncul la ayat2 dalam awan dialog masing2, "untung la pegi tak ajak", "ajak", "ajak" dan bermacam lagi ayat yang seangkatan dengannya.
Dan tahukah mereka akan kejadian2 yg sebenarnya berlaku sebelum smpi ke sana. aigooo 

Tapi apa boleh buat kan. Semuanya dah tertulis dalam suratan takdir. Pasrah dah ni.
Hati pun dah goyah ni, nak pegi ke tak nak.
Nak dipendekkan cerita, last skali yang memang betul2 yakin dan kunci kehendak hati untuk pergi hanyalah 2 orang. 2 orang ye kawan2 daripada 12 orang.


Image result for thoughts pastel tumblrs

Ok dah puas tido. Mimpi konon dah jenjalan kat Indon tetiba dah nak pergi. (tipu je, tak mimpi pon sbb tido mati kot)

Tbs
Sebelum departure naik dulu bas dari ke Kl. Mcm biasa kt Tbs. Tbs pun dah gaya Klia, baru smpi Tbs tu. Malam pulak tu. Ramainya org, dah la sensorang. I asked for help from my friend yg stay kat Kl to pick me up and hntr pegi Klia2. Tup tup smpi naik kereta, aiyoo terlepas simpang pulak. (simpang mana tak ingat). So cerita dye u turn la semula. Igt dekat ke, kalau dah masuk Kl u-turn beribu batu jauhnyaa~

Klia2
Lepas berhempas pulas dalam kereta akhirnya smpi jugak Klia2. Nak dijadikan cerita lagi, dah smpi sana. Punya la banyak hotel kt Klia2 tu tp xde satu pun bilik yg available. aduhai apalah nasib badan. Kalau ade pun, mengucap panjang tgk harga. xpelah xde rezki nak tido n mandi n rehat n relax. Byk lg alternatif lain. Masa ni la nak kene gune otak utk berfikir n selesaikan masalah satu persatu.

Bilik xde
Ade kisah sebenarnya di sebalik bilik xde ni. Bilik dah book awal2 n dpt harga murah. serious murah. tp disebabkan smpi lewat kt Klia2 tu so burn baby burn~. Sekali lagi apalah nasib badan. Semua tu jadi sbb smpi lewat sgt. So bilik dah bg kt org lain. X mengapa x mengapa. Tiada siapa yg akan dipersalahkn dalam hal ni. Ni semua dugaan. Allah baru uji sikit tu. Banyak hotel dekat2 klia2 tu. In shaa Allah nnt ade masa I'll type a review of it. Nak2 lg yg utk backpackers. I have my favorite choice already. 

Tido dalam surau
Dah berhempas pulas berguling merangkak meniarap dalam Klia2 tu, mata dah mengantuk n badan pun dah letih sgt, maklum la dah seharian dgn backpack merayau ke hulu ke hilir tanpa henti. Pergh time tu mmg rasa dah kurus beb. X yah pegi workout. hahaha. Bayangkanlah waktu tu dah pukul 1 pg, and I'm alone and free (lagu cite frozen), takkan nak duk merayau je. 

Flight kul 10 pg. Gile ke ape tak nak rehat. And waktu tu lah akal fikiran digunakan lagi. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan hambaMu ini akal fikiran yg waras. Kalau tak waras cane boleh survive sensorang masa solo camp dulu(imbas kembali kenangan lalu). Dan akhirnya sistur terdampar kat dalam surau kt Klia2 tu. Sejuk bakhang. Dengan berbekalkan sweater hitam n beanie kesayangan serta backpack sebagai bantal peluk, maka seorang Ray berjaya menamatkan hari yang sungguh memenatkan sebelum terbang dan bermimpi indah. 

FYI, dalam surau tu rupenye ramai lg insan2 sepertiku. Semua mengerekot tido. Dah gaya mcm tunggu qiamullail. Surau kt Klia2 ni sbnrnya tak boleh tido but for some reason, kalau tak silap bila ramai diorg bg jgak tido. Bersyukur sgt, at least dapat rehat. Lena pulak tu tido perghhh walaupun berpuluh kali tukar tempat sbb takut tersepak kepala orang. Kang lain pulak ceritanya. 

Study dulu
Ok kat sini nak jelaskan satu perkara. Sebenarnya sblm travel lg2 sendiri sgtlah pntg untuk kita study dulu. Bukan study subjek UPSR, PT3 or SPM ye tp study tentang tmpt yg kite nak pegi n kaji dulu based on pengalaman org lain. Tp kita hanya mampu merancang dan Allah yg menentukan. Byk mana pun kita prepare tp kuasa Allah tu lebih besar. So jangan salahkan sesiapa untuk setiap dugaan yg dtg tu. Itu tanda Allah sayang, Allah nak uji dulu. 

Alhamdulillah berkat study tu la yg jmpe jalan penyelesaian nak tido mana ape sume tu. Mujur la igt sbb pernah terbaca dalam blog orang. So semoga sedikit sbanyak ape yg tercoret kt sini dapat bntu uolls nnt ye. 

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Dan esk pun tiba
Dah selesai solat n bersihkan diri ape semua, perut pun dah berkeroncong (tiba2 teringat lagu keroncong untk ana) so, makan lah dulu. At about 9 am, Mimi pun smpi and yeay im not alone anymore. Alhamdulillah. semuanya lancar je until our flight to Pekanbaru. 

Klia2

Ok settle satu part. Should I continue??

Cotinue

No comments:

Post a Comment

Be nice. Leave a comment and I'll be sure to visit you guys back.