Richworks International Sdn Bhd - The year 2021 Journey

Richworks International Sdn Bhd - The year 2021 Journey | Sedar tak sedar dah masuk tahun 2022 dah pun. Sekejap betul masa berlalu. Macam-macam yang terjadi dan dalam masa yang sama, percaya atau tidak kita semua dah harungi pelbagai ujian dan cabaran bersama walaupun kita berada di tempat yang berbeza.

Daripada pandemik yang berlarutan hingga 2 tahun sehinggalah bencana banjir baru-baru ini yang telah memberikan seribu satu kenangan buat semua rakyat Malaysia. Hal ini secara tidak langsung memberikan kesan yang besar kepada usahawan- usawahan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, semangat juang yang ada dalam diri para usahawan kita bukanlah hanya khabaran semata-mata. Percaya atau tidak, dengan bantuan Richworks, 605 000 usahawan berjaya bangkit semula pada tahu 2021. 

Sejujurnya, Ray sangat berbangga dan tumpang gembira atas kejayaan mereka. Ray sendiri membesar dan dikelilingi dengan mereka yang minat dalam bidang keusahawan dan faham betapa pentingnya kejayaan mereka dalam membantu meningkatkan ekononi negara. 


Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula


Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

RichWorks memahami kesukaran yang dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan. Lebih-lebih lagi apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) sendiri, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.
Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Program Richworks Secara Percuma

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.
Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 
Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) Mendapat Pengiktirafan Kerajaan

Selain daripada itu,  salah satu program yang dianjurkan Richworks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 Program CSR Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Sumbangan 762 Ekor Kambing dan 84 Ekor Unta untuk Ibadah Korban

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.
Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.
Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Richworks Terus Berjaya Bersama Usahawan Bimbingannya

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.
Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.
Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Video Kisah Journey Richworks di Tahun 2021

Kisah journey Richworks sepanjang Tahun 2021 boleh disaksikan di sini. Jom tonton video do bawah bersama-sama.



 Latar Belakang Richworks

Apakah itu Richworks? RichWorks adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Richwork telah banyak memberikan sumbangan positif kepada usahawan yang terdiri daripada pelbagai golongan dan 2021 merupakan tahun yang sungguh bermakna bagi mereka. Semoga Richwork akan kekal dan bertambah maju di tahun 2022 dan tahun-tahun yang mendatang. Dan semoga segala perancangan untuk tahun 2022 ini akan terlaksana dengan jayanya demi membantu lebih ramai usahawan di Malaysia. 


3 comments

  1. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama.👏🏼 ray tumpang bangga and sangat kagum.

      Delete
  2. Kehebatan Richwork ini kerana latihan motivasi usahawan yang amat praktikal untuk para peserta..

    siapa yang faham maka mereka yang akan berjaya

    ReplyDelete

Be nice. Leave a comment and I'll be sure to visit you guys back.
If my post is good, I'll be happy if you could share it. ☆

Please don't publish links or spam~ Thanks! ・*☆